Pada 26 Oktober 2011, sekolah telah mengadakan majlis Perpisahan Cikgu Sidam dan sambutan guru baru iaitu Cikgu Riduan bertempat di Celyn Resort Kundasang, Ranau.
Majlis Perpisahan Cikgu Sidam dan Sambutan Cikgu Riduan
Posted by: sktiongperungusan | 27 Oktober 2011 | No Comment |Pihak sekolah mengucapkan berbanyak tahniah kepada Encik Anderson T. Bangkuai dan Puan Rosimin Yangger kerana diberikan anugerah tersebut pada 15 Oktober 2009 bertempat di SMK Pekan Kota Belud 2. Pihak sekolah berharap agar kedua kakitangan berkenaan meneruskan kecemerlangan mereka.
Pada 17 hingga 20 Julai lepas, seramai 7 orang murid dengan diiringi seorang guru, telah menyertai program kem 1 Malaysia yang diadakan di Pusat Kokum Negeri Kem Malangang. Peserta dari sekolah ini ialah adik Royberred Rumis, adik Vitus Daimi, Adik Fedilis Gimbun, adik Jesslynda S. Duali, adik Rozie Lajlin, adik Vilstinah Timen, adik Jalbina Toingin dan Guru pengiring Encik Shim Simbeh.
Kem 1 Malaysia ini berlangsung dari bulan Julai dan berakhir pada bulan oktober 2009. Sebanyak 24 sesi perkhemahan telah dirancang sepanjang tempoh itu. Sesi yang dihadiri oleh murid-murid dari sekolah ini merupakan sesi yang 3.
Banyak aktiviti dirancang untuk mengisi program 1 Malaysia ini. Rata-rata murid yang menghadiri kem ini menyatakan bahawa mereka begitu seronok mengikuti semua program atau aktiviti yang disediakan untuk mereka. Antara yang menarik perhatian para peserta ialah lawatan ke Muzium Negeri dan One Borneo Hypermall. Maklumlah, murid-murid kita ni jarang pi sana area KK…

Cikgu Shim dengan 7 peserta dari SKTP
Kuih apa tu adik Royberred?
Acara tarik tali
Lawatan ke Muzium Negeri Sabah
Peserta lelaki
Peserta perempuan
Penutupan sesi 3….Yahoooo….
Gambar-gambar adalah sumbangan Cikgu Shim Simbeh
Perayaan Kaamatan, Hari Guru, Hari Ibu dan Bapa 2009
Posted by: sktiongperungusan | 23 Julai 2009 | No Comment |
Perayaan Kaamatan, Hari Guru, Hari Ibu dan Hari Bapa peringkat sekolah tahun2009.
Perayaan pada tahun ini, yang julung kali diadakan di sekolah diadakan dalam keadaan cuaca yang tidak begitu selesa kerana hujan sejak dari awal pagi lagi. Walau bagaimanapun, beberapa acara yang telah dirancang seperti pertandingan melastik, boling kelapa dan milokud telah dapat dijalankan dengan penyertaan yang menggalakkan dari ibubapa.
Kelihatan Yang Berhormat sedang bersalaman
Wakil PPD yang turut hadir, Encik Marious Bongkuluh
Yang Berhormat tiba sekitar jam 12.20 tengah hari dengan diiringi paluan gong oleh ahli-ahli PIBG. Acara pada hari ini dimulakan dengan lagu Negaraku dan Sabah Tanah airku. Seterusnya ucapan2 dari YDP PIBG, Guru Besar, Wakil Pegawai Pelajaran Daerah Encik Marios Bongkulu, dan ucapan perasmian YB datuk Seri Panglima Wilfred Mojilip Bumburing Ahli Parlimen kawasan Tuaran.
Sebagai tanda kenangan, pihak sekolah telah menyampaikan cenderamata kepada wakil PPD dan YB Datuk Seri.

Kelihatan Yang Berhormat memalu gong sebagai tanda perasmian perayaan
Majlis diteruskan dengan persembahan tarian sumazau daripada murid-murid Tahun 5 dan 6. Guru-guru juga tidak mahu melepaskan peluang untuk memberikan persembahan koir mereka dengan menyanyikan lagu Guru Malaysia dan lagu Kaamatan Kasakazan do Bambazon.
Pada tahun ini, pihak sekolah menyediakan anugerah khas iaitu ibu dan bapa contoh. Penerima-penerima anugerah pada tahun ini ialah:
1. Puan Rusinah Kundau – Ibu contoh 2009
2. Encik Julius Toingin Gilau – Bapa contoh 2009

Acara memotong kek
Acara memotong kek Kaamatan, hari ibu, hari bapa dan hari guru juga diadakan dan dilakukan oleh YB Datuk Seri Panglima Wilfred Mojilip Bumburing, Guru Besar Ibu dan Bapa contoh, wakil PPD dan YDP PIBG.
Acara jamuan makan tengah hari pula dibuat secara ‘potluk’ atau makan bersama, di mana para ibu bapa membawa makanan dari rumah dan dikongsi bersama. Beberapa jenis makanan tradisional telah dipertandingkan sebelum acara makan dijalankan.
Huminoduns yang ada kat sekolah

Unduk Ngadau Tahap 1dan Unduk Ngadau Tahap 2
Guru Besar memberikan ucapan
Fuyooo…. Pewitt….
Acara terakhir pada hari itu ialah penyerahan bantuan KWAPM kepada murid-murid yang layak untuk menerima bantuan tersebut.
to be continue……………….. tunggu ja.
Perayaan Serentak untuk guru, ibu, bapa dan kaamatan – (Pertandingan Pondok Keceriaan)
Posted by: sktiongperungusan | 30 Jun 2009 | 1 Comment |Pada 6 Julai 2009 akan datang ini, sekolah akan mengadakan perayaan Hari Guru, Hari Ibu, Hari Bapa dan Pesta Kaamatan. Banyak acara telah dirancang untuk memeriahkan hari tersebut. Antaranya ialah pesta sukan tradisional, pertandingan unduk ngadau, persembahan tarian dan pertandingan pondok keceriaan.
Perayaan ini dijangka akan dirasmikan oleh YB Datuk Seri Panglima Wilfred M. Bumburing Ahli Dewan Rakyat P170 kawasan Tuaran.
Pertandingan yang sudah pun bermula ialah pertandingan pondok keceriaan. Untuk pertandingan ini, para penduduk kampung telah bergotong-royong untuk membina beberapa buah pondok mengikut kampung. Pertandingan ini adalah anjuran PIBG sekolah.
Dalam pertandingan ini, sebanyak 6 kampung berdekatan telah mengambil bahagian. Kampung-kampung yang ada mengambil bahagian ialah Kampung Tiong Gondohon, Kampung Tiong Ratau, Kampung Tiong Simpodon, Kampung Tiong Perungusan, Kampung Tiong Karanaan dan Kampung Tiong Temburung. (p.s – Kampung Tiong Perungusan dan Tiong Keranaan bekerjasama membina sebuah pondok)
Keputusan pertandingan pondok keceriaan ini hanya akan diketahui pada 6 julai nanti.

Pondok Ratau(kiri) dan Pondok Perungusan/Karanaan(kanan)

Pondok Gondohon (kiri) dan Pondok Simpodon (kanan)

Pondok Temburung
Gambar ni kana ambil dari satu bukit selepas Kg. Tiong Temburung

Ini pula gambar kakitangan yang ada di sekolah

Kalau mo pi sini ikut peta ni… baru ndak sesat..

Projek meratakan tapak rumah guru baru

Pemandangan senja dari rumah guru

Buat masa ni… Ini ja la gambar yang kita orang di sini boleh bagi….
PKG Tamparuli telah menganjurkan latihan ini pada 24 dan 25 Jun 2009. Para peserta yang hadir mendapat banyak manfaat dari latihan ini. Kita mengharapkan agar lebih banyak latihan atau bengkel seumpama ini dapat dianjurkan untuk memberi pengetahuan serta kemahiran kepada guru -guru di daerah Tuaran.

